cat

Super Kawaii Cute Cat Kaoani

Thursday 22 January 2015

MEOW SEEKER -bulus 3 to VIVO-

hai

assalamualaikum

gila lama tak update kan
lately masing-masing bz dengan hal masing-masing
and lama jugak lah tak round-round feed kekucing tu

sebab nya?

kami sibuk menguruskan beberapa kucing yang tenat
jaga punya jaga
tapi result agak mengecewakan
tapi tak pe , ini semua dengan izin Allah ada hikmah

meh nak story

ada seekor ibu kucing yang lincah dan bergetah
dan mempunyai 4 ekor anak yang comel macam teletubbies
(kalau boleh gigit dah gigit)




ni kucing kolej
kucing kesayangan lah katakan
dan rasanya asal kucing di kolej-kolej ni mungkin berasal dari kucing yang terbiar & terbuang
pastu beranak pinak

tapi satu hari





beberapa ekor anak kucing sakit
ye sakit
dah seekor yang kena , yang lain pun akannn




BERJANGKIT

kami syak

punca sakit adalah :
-persekitaran yang kurang baik
 ( yela dyorang tinggal kat dlm stor, berak kat situ sedut udara pun kat situ makan kat situ, so senang la bakteria durjana tu serang badan )

-sumber yang sama
(cara pemakanan tempat tido yang sama sume bole jadi sebab penyakit menular dengan boooom pantas dan efisien)


sedih memang sedih
sumpah kesian tengok
yang seekor tu asyik mendongak je sbb tak leh bernafas
yang lain sakit mata

dah bawak gi vet
dah belikan ubat sume
Dr cakap virus parasit
virus datang dari ibu

mungkin
Toxoplasma Cati
Toxoplasma Gondii
(cewah baru belajar parasitologi sem ni)

lama kelamaan
seekor seekor mati

dah la mati
dah tanam , yang paling tragis
bangkai kne makan babi pulak
sobs



so diluar sana
jangan lah makan al babi ni
sebab binatang ni mmg pengotor lagi keji



tinggal lah 2 EKOR SAHAJA
ni kami namakan :
si BULUS 2  (wane oren putih)
si BULUS 3  (wane oren putih hitam)

yang mana jantan yang mana betina?
cik abam cakap kalau
kucing 2 wane tu ---> jantan
kucing 3 wane tu ---> betina
kalau 1 wane ? tuttt...tutt..tut.... no answer

agak sedih lah
sebab yang mati tu semuanya yang lincah
so yang tinggal so-so jelah

tapi antara dua ni
yang ni paling lemah
tak bersemangat
monyokk




so kami amik dan bawak 2 ekor ni jumpe ibu kucing si OYEN (manalah tau boleh sembuh)

tapi




1st   : si OYEN ni gi cakar muka anak2 dia, sebab dia dah bunting lain
2nd  : si 2 ekor ni bawak diri , merayau rayau bilik & kolej
3rd  : rupa rupa nya dyorang merayau rayau mcm panggil adik beradik lain sobs

sedih weh
dengar dyorang mengiau sume mcm ahhhhhh
kita tak tau nak tolong ape dah
kalau la bole dengar apa yang dyorang mintak & mengiau tu
mungkin lagi mudah

and lastly

BULUS 2 tak mampu dah
dengan kecewa dengan cakaran ibu dia
dia dah tenat sangat
dengan tak makan
& berak berdarah
menggelepar
akhirnya dia mati
(punca kematian dirahsiakan)

so yang tinggal

BULUS 3 sahaja
tu pun monyok semacam je
monyok sangat2

so

TADAAAA

si BULUS 3 ni kami wat balik umah
jaga dia kat sini
alhamdulillah makin lama makin baik
mata makin sembuh
tak macam dlu dah




dan makin aktif
so kami namakan dia

VIVO (sempena dia je yang jadi surVIVOr antara 4 ekor)
haha

so the moral of story panjang lebar kami bebel



kucing meow meow
kita tak tau
mungkin dia cakap mcm kucing kat atas ni
dia nangis ke apa ke
kita just anggap
"oooo taik mata meleleh"

yang kne cakaran ibu kucing mcm bulus 2 pun kecewa
dengan tiada adik beradik abang akak dia
apatah lagi kalau hilang kedua-duanya

yang kne buang tu
apalah nasib dyorang
even tak mampu sediakan tempat tinggal
sekurang-kurangnya kasi lah makanan

so STOP BUANG KUCING OKAYY
kalau dah tak tahan sangat dengan kucing
just place them somewhere that u think they can survive by themselves
survive from damn cars
survive from starving
and there's someone else who wanna take them home
so take note yaa

No comments :

Post a Comment