cat

Super Kawaii Cute Cat Kaoani

Tuesday 10 February 2015

List carian anda :
  • CAT TIPS : "meow meow nak sket makanan" (feb)
  • CAT TIPS :  kucing sensitif ubat (feb)
  • CAT TIPS :  air kelapa for cat (feb)
List carian anda :
  • DIY  CAT : bantal kitten (jan)

CAT TIPS : air kelapa for cat

AIR KELAPA
umm sedapnya , dah sebut pun rasa menyegarkan je *over*

haha apa khasiat air kelapa untuk kucing ni sebenarnya?
jeng jeng jeng

MUNTAH & CIRIT BIRIT

  • bagi air kelapa kemudian air kosong
  • kucing akan terhindar dari dehydrated
  • air kelapa ada glukos yang memeberi tenaga pada kucing


DEMAM PANAS

  • bagi air kelapa selang 2-3 jam


KERACUNAN

  • bagi air kelapa sebanyak mungkin supaya racun tu boleh dicuci keluar. InsyaAllah
p/s :
kuanttiti air kelapa haruslah berpada . jangan banyak sangat tau . cukup sekadar 1-2 syringe sekali kasi

warning : kalau ada ubat doktor ?
bagilah air kelapa dlu, then air kosong  ---> setengah jam pastu barulah bagi ubat doktor



CAT TIPS : kucing sensitif ubat

ok kali ini
mungkin korang ada yang tahu
tapi bagi yang tak tahu
kalau perkara ini terjadi


"alaaa kucing aku sakit lah , nak bawak gi vet mahal and jauh . bagi jela mana yang ada kat rumah ni"

hoi dah kau kenapa macam tu
kami ingin menegaskan secara kasar nye

JANGAN BAGI MAKAN KUCING UBAT MANUSIA

seperti panadol

kenapa?
sebab manusia tak sama dengan kucing
dari segi metabolisma, tahap dos yang diberi dalam satu ubat & mekanisme yang bertindak terhadap organisma yang berlainan

kandungan ubat-ubat seperti ibuprofen & acetaminophen yang baik untuk manusia boleh memudaratkan kucing tau. bukan setakat tu MATI terus kucing tu sebab makan ubat manusia ni

harap manusia yang baru tahu or dah tahu pasal mende ni jangan lah gatal-gatal kasi ubat panadol ke atau sewaktu dengan nya
dari sakit sikit-sikit dah jadi jatuh sakit yang teruk and terus mati

macam mana kesan dia bertindak?

  • ubat manusia seperti panadol adalah toksin bagi kucing
  • toksin ini akan menyebabkan salur darah kucing mengembang & rosak
  • lidah & gusi bertukar jadi wane cokelat atau hitam 
  • kerosakan hati
  • mulut-mulut berbuih 
  • mati
so korang please lah pastikan diri berilmu dahulu sebelum bagi kucing kita rawatan apa-apa. kalau sakit tu, memang disarankan pergilah veterinar dapatkan ubat yang sewajarnya. selain tu, kasih sayang & perhatian pun penting untuk kucing yang sakit
jangan korang duk perap je kucing dalam sangkar, sekali sekala lepaskan dia & bagi fresh air
okay ? :)





Monday 9 February 2015

CAT TPS : "meow meow nak sket makanan"

hai semua
so this first entry for CAT TIPS
kami nak share bukan sahaja tips lah
tapi maybe sesuatu yang anda mungkin tak kan penah terpikir atau terlintas di fikiran
*ayat guwe makin power bhaii*
haha

ok untuk entry kali ini
marilah kita memunasabahkan diri sket lahh
penah tak , masa syok syok layan nasi goreng cina pekena milo ais ke
makan-makan , kucing datang gesel2 mintak makanan

haa tahukah apakah tanda itu
bagi yang belum tahu
mehh nak story mory






cuba baca dan serap dalam hati
deep kan

dulu kami penah jugak ada sorang kawan ni
kalau dia makan , dia kadang-kadang kasi 60% makanan dia tu pada kucing , dia makan selebihnya macam dia lak kucing
haha

tapi nak tau apa yang dia cakap

"aku memang lapar , tapi bila kasi makan kat kucing tu . aku rasa kenyang"
"serius makan sket pun dah kenyang, memang kekadang kita rasa tak cukup untuk diri sendiri kan tapi tulah kuasa Allah"

sama jugak situasi kalau kita berkongsi makanan dengan member, maybe kita rasa
"ahhh aku bayar mahal la makanan ni , sket lak tu pastu nak kongsi"

heyy jangan nak kedekut sangat lah
rezeki Allah tu rahsia tau
kita tak tau apa rezeki kita yang mendatang
kita kne selalu ingat tu

MEOW SEEKER -new mission-

ok kali ni
kami tak nak cakap sal pencarian lagi
sebab untuk entry kali ini
kami lakukan sedikit misi CE TRY TEST
haaa gittew

so apa kami buat
kami nak try laaa
nak tengok apa kesan kalau kita letak mende ni
mende apa tu

haaa sebelum tu
ada la preparation sket kan




then kita lekatkan pada bekas ni


woww kerllass u olls
untuk apa semua ni
apa lagi
untuk kucing laa

kami meletakkan bekas makanan ni kat tempat-tempat tumpuan kucing
so nak biasakan mereka
supaya mereka tau lah mana port nak makan bila lapar kan

kenapa kami nak buat macam ni ?

  1. kami mungkin ada kekangan masa sebabkan busy dengan hal masing-masing
  2. kami tak mampulah nak datang and feed hari-hari kan
  3. kurangnya kaki dan tangan (ahli untuk kasi makan kucing) . yela sebab kami pun masih baru kan
  4. amat mudah dan makanan available 24/7 untuk kucing
tengok tu happy je kucing-kucing ni dapat makanan






tetapi kan

ada lah jugak cons nya . seperti :

  1. 1st day, kami letak siang tu kan . malam tu saje la nak round2 kawasan tu . u know what ?? boleh hilang bendalah ni (tak syak lagi manusia tu memang kejam dan buta huruf)
  2. barang ni agak mahal jugaklah kalau tak beli bebanyak and takde offer. kebetulan ni lak ada offer 2 bekas RM40
  3. kurangnya sumbangan dari segi kewangan nak beli makanan kucing tu
so sape yang kat luar sana nak hulurkan sedikit bantuan 
tak kesah la brape-brape pun janji ikhlas 
boleh hubungi kami ok
sumbangan tu serius hanya untuk kucing dan kami diamanahkan  guna sepenuhnya sumbangan yang korang kasi tu untuk kucing ye 

JANGAN LA RAGU-RAGU KAYY haha

atau 

sesapa yang nak buat mende yang sama jugak 
boleh lah buat cara ni
janji 
  • pandai cari tempat strategik
  • cari tempat yang teduh dan terhindar dari air hujan atau mana-mana kawasan yang berair lah
  • tempat yang tiada semut . jangan lah duk gi letak kat sarang busut lak 
  • buat lah notification macam tadi tu , JANGAN AMBIL ATAU ALIHKAN BEKAS NI . JIKA ANDA INGKAR, ANDA DILAKNAT TUHAN . haa seram gittew haha
dan ni nak cerita ni
duk jalan jalan 
jumpa la seekor kucing ni
mujur lah tak terlanggar sebab dia duduk tengah-tengah jalan 

rupa-rupanya



dia BUTA
sedih mehh tengok mata merah dia tu
ya Allah boleh lagi dia survive sampai sekarang kan 
so kami pun pos la yang ni kat IG kami

so kami bawak pulang kucing ni dan bagi makan
sekurang-kurangnya dia mempunyai  risiko rendah daripada dilanggar kenderaan sebab dia kan buta
kami hanya mampu bagi makan dan penjagaan




dia mempunyai masalah :
kutu
kurap
sakit mata
parasit cacing

nak bawak gi rawatan
kewangan belum kukuh . ubat mata kucing pun dah habis :(
so sape yang baik hati kat luar tu nak sumbangkan pun boleh
nak kasi RM1 pun kami terima 
tidak semestinya dari segi kewangan. mana-mana aspek pun boleh 
banyak lagi kucing-kucing yang merana kat luar tu yang kita tak tau

so please guys
help those cats okay

MEOW SEEKER -part 3-

ok agak lama menyepi
ye
ye
tau lama la jugak haha , tapi sebenarnya kami mengumpul aktiviti kami
and nak satukan je sekali dalam pos haaa gittew

so apa yang kami buat kali ini adalah.....
mende yang sama sajohh
tapi lebih kepada banyak tempat yang dituju
seperti di

BANGI
USJ 2
KAWASAN RUMAH FLAT / PERKILANGAN

so ini hasilnyaa , maca-macam perangai kami jumpe tau

ada yang kebulur , even kucing orang bela pun (alaa yang pakai loceng kat leher tu) pun naik sama berebut makanan macam dapat BRIM





terus makan dari bekas kau haaamik noks

ada yang berkelakuan sombong . ini biadap tapi takpe kami dah biasa berhadapan dengan kucing egonya tinggi haha


mr arrogant angat tauu


ada jugak yang bajet retiss dan model dengan jelingan tajam, pandai posing depan kamera naaa




so seperti di atas di kawasan bangi , kucing ni kami fokus kepada rumah flat atau deretan kedai lah
situlah kebiasaan kucing melepak kan


manakala di USJ pulak, kami try cari kat celahan celahan lorong
ada ke tidok kucing nyaa
rupa rupa nyaaaa


ada family kucing . itu abi, umi, dan anak2 legam nye
ada juga yang lain menempel nempel nak makanan





ada yang kurus keringggg , siannye lahaii





kan simple je apa yang kita buat ni
bukan susah sangat pun
hanya perlukan sedikit masa/tenaga/makanan kucing
so kat luar sana even xnak join kteorg pun takpe
asalkan berhati perut terhadap binatang bernama kucing ni :)




Saturday 7 February 2015

KAMI SI CAT RANGER

HELLO MEOW BLOG

Blog ini merupakan blog tontonan umum dan bukan di bawah mana-mana organisasi di Malaysia. Kami hanya pencinta kucing yang menitik beratkan mengenai hal kucing dan tips penjagaannya. Fokus kami adalah kepada kucing jalanan (tiada tempat berteduh/tiada sumber makanan/di dera atau sebagainya). 

Aktiviti kami adalah berskala kecil : antaranya

  1. memberi makanan kepada kucing jalanan
  2. menyediakan tempat makanan atau tempat berteduh
  3. memberikan rawatan serta ubat kepada kucing yang sakit

*gaya pemberita tak*

haha okay so kat luar sana tu 
kalau nak join we olls buat aktiviti atau sebagainya
dan bermurah hati untuk memberi sedikit sponsor 
tak kesah sponsor dari mana-mana segi pun (makanan/wang/tenaga)
yang penting ikhlas dan kami terima semuanya

DIPERSILAKAN HUBUNGI KAMI DI






ATAU FOLLOW INSTAGRAM OFFICIAL HELLOMEOW



dan alhamdulillah selama ini 
igshop ini banyak membantu aktiviti kami dari segi kewangan 
untuk membeli barangan makanan dan ubat ubatan kucing
jangan lupa jengah la jugak igshop kami ini
haaa dari setiap pembelian anda , amat lah berbaloi





terima kasih atas sokongan anda :)

Sunday 25 January 2015

DIY for cat : bantal kitten

hai hai

sejak menjaga si VIVO ni
kita jadi mcm motherly la plak wat bantal2 bagai untuk baby kitten kan

so just wanna to share
DIY ni just simple & senang giler giler
apa yang korang bole dapat ?


  1. bole JIMAT sejimat nya . just RECYCLE apa yang tak digunakan lagi
  2. bole ENHANCE SKILL menjahit or kreativiti korang tu . haaa aset penting ni
  3. bole start dah nak fefeling HOUSEWIFE ke IBU IBU tu . acah acah gittew


ok now


LETS START IT !!

BAHAN BAHAN NYA SEPERTI DI ATAS



KALAU BAJU BABY TU BERBUTANG. BOLEH JAHIT
KALAU TAK BERBUTANG , TIDAK PERLU KAYY



JAHIT SECARA HORIZONTAL YAA SEPERTI DALAM GAMBAR



JANGAN LUPA JAHIT JUGA KAT SEKELILING LEHER . SO KEKABU TU TAK TERKELUAR




MENGIKUT KESESUAIAN YE , NAK PADAT KE
OR NAK NIPIS JE












AND JAHIT KAT ANTARA LENGAN TU . KIRANYA SEBAGAI PENAMAT. (LINE HIJAU BIRU TU YE)




  1. BUAT TITIK TITIK TU
  2. GUNTING
  3. JAHIT
  4. SIAP !






Ni adalah contoh yang dah siap
serius
untuk vivo , dia suka suka sangat
berjam jam jugak lah tido dalam tu
nak bangun pun payah
material kain pun memainkan peranan tau
kalau nak yang empuk empuk gittew , bole pilih baju ala2 sweater lah ye




ok so korang bole cubalah ye kat rumah !
bye bye :)

Thursday 22 January 2015

MEOW SEEKER -bulus 3 to VIVO-

hai

assalamualaikum

gila lama tak update kan
lately masing-masing bz dengan hal masing-masing
and lama jugak lah tak round-round feed kekucing tu

sebab nya?

kami sibuk menguruskan beberapa kucing yang tenat
jaga punya jaga
tapi result agak mengecewakan
tapi tak pe , ini semua dengan izin Allah ada hikmah

meh nak story

ada seekor ibu kucing yang lincah dan bergetah
dan mempunyai 4 ekor anak yang comel macam teletubbies
(kalau boleh gigit dah gigit)




ni kucing kolej
kucing kesayangan lah katakan
dan rasanya asal kucing di kolej-kolej ni mungkin berasal dari kucing yang terbiar & terbuang
pastu beranak pinak

tapi satu hari





beberapa ekor anak kucing sakit
ye sakit
dah seekor yang kena , yang lain pun akannn




BERJANGKIT

kami syak

punca sakit adalah :
-persekitaran yang kurang baik
 ( yela dyorang tinggal kat dlm stor, berak kat situ sedut udara pun kat situ makan kat situ, so senang la bakteria durjana tu serang badan )

-sumber yang sama
(cara pemakanan tempat tido yang sama sume bole jadi sebab penyakit menular dengan boooom pantas dan efisien)


sedih memang sedih
sumpah kesian tengok
yang seekor tu asyik mendongak je sbb tak leh bernafas
yang lain sakit mata

dah bawak gi vet
dah belikan ubat sume
Dr cakap virus parasit
virus datang dari ibu

mungkin
Toxoplasma Cati
Toxoplasma Gondii
(cewah baru belajar parasitologi sem ni)

lama kelamaan
seekor seekor mati

dah la mati
dah tanam , yang paling tragis
bangkai kne makan babi pulak
sobs



so diluar sana
jangan lah makan al babi ni
sebab binatang ni mmg pengotor lagi keji



tinggal lah 2 EKOR SAHAJA
ni kami namakan :
si BULUS 2  (wane oren putih)
si BULUS 3  (wane oren putih hitam)

yang mana jantan yang mana betina?
cik abam cakap kalau
kucing 2 wane tu ---> jantan
kucing 3 wane tu ---> betina
kalau 1 wane ? tuttt...tutt..tut.... no answer

agak sedih lah
sebab yang mati tu semuanya yang lincah
so yang tinggal so-so jelah

tapi antara dua ni
yang ni paling lemah
tak bersemangat
monyokk




so kami amik dan bawak 2 ekor ni jumpe ibu kucing si OYEN (manalah tau boleh sembuh)

tapi




1st   : si OYEN ni gi cakar muka anak2 dia, sebab dia dah bunting lain
2nd  : si 2 ekor ni bawak diri , merayau rayau bilik & kolej
3rd  : rupa rupa nya dyorang merayau rayau mcm panggil adik beradik lain sobs

sedih weh
dengar dyorang mengiau sume mcm ahhhhhh
kita tak tau nak tolong ape dah
kalau la bole dengar apa yang dyorang mintak & mengiau tu
mungkin lagi mudah

and lastly

BULUS 2 tak mampu dah
dengan kecewa dengan cakaran ibu dia
dia dah tenat sangat
dengan tak makan
& berak berdarah
menggelepar
akhirnya dia mati
(punca kematian dirahsiakan)

so yang tinggal

BULUS 3 sahaja
tu pun monyok semacam je
monyok sangat2

so

TADAAAA

si BULUS 3 ni kami wat balik umah
jaga dia kat sini
alhamdulillah makin lama makin baik
mata makin sembuh
tak macam dlu dah




dan makin aktif
so kami namakan dia

VIVO (sempena dia je yang jadi surVIVOr antara 4 ekor)
haha

so the moral of story panjang lebar kami bebel



kucing meow meow
kita tak tau
mungkin dia cakap mcm kucing kat atas ni
dia nangis ke apa ke
kita just anggap
"oooo taik mata meleleh"

yang kne cakaran ibu kucing mcm bulus 2 pun kecewa
dengan tiada adik beradik abang akak dia
apatah lagi kalau hilang kedua-duanya

yang kne buang tu
apalah nasib dyorang
even tak mampu sediakan tempat tinggal
sekurang-kurangnya kasi lah makanan

so STOP BUANG KUCING OKAYY
kalau dah tak tahan sangat dengan kucing
just place them somewhere that u think they can survive by themselves
survive from damn cars
survive from starving
and there's someone else who wanna take them home
so take note yaa