cat

Super Kawaii Cute Cat Kaoani

Tuesday 10 February 2015

CAT TIPS : kucing sensitif ubat

ok kali ini
mungkin korang ada yang tahu
tapi bagi yang tak tahu
kalau perkara ini terjadi


"alaaa kucing aku sakit lah , nak bawak gi vet mahal and jauh . bagi jela mana yang ada kat rumah ni"

hoi dah kau kenapa macam tu
kami ingin menegaskan secara kasar nye

JANGAN BAGI MAKAN KUCING UBAT MANUSIA

seperti panadol

kenapa?
sebab manusia tak sama dengan kucing
dari segi metabolisma, tahap dos yang diberi dalam satu ubat & mekanisme yang bertindak terhadap organisma yang berlainan

kandungan ubat-ubat seperti ibuprofen & acetaminophen yang baik untuk manusia boleh memudaratkan kucing tau. bukan setakat tu MATI terus kucing tu sebab makan ubat manusia ni

harap manusia yang baru tahu or dah tahu pasal mende ni jangan lah gatal-gatal kasi ubat panadol ke atau sewaktu dengan nya
dari sakit sikit-sikit dah jadi jatuh sakit yang teruk and terus mati

macam mana kesan dia bertindak?

  • ubat manusia seperti panadol adalah toksin bagi kucing
  • toksin ini akan menyebabkan salur darah kucing mengembang & rosak
  • lidah & gusi bertukar jadi wane cokelat atau hitam 
  • kerosakan hati
  • mulut-mulut berbuih 
  • mati
so korang please lah pastikan diri berilmu dahulu sebelum bagi kucing kita rawatan apa-apa. kalau sakit tu, memang disarankan pergilah veterinar dapatkan ubat yang sewajarnya. selain tu, kasih sayang & perhatian pun penting untuk kucing yang sakit
jangan korang duk perap je kucing dalam sangkar, sekali sekala lepaskan dia & bagi fresh air
okay ? :)





No comments :

Post a Comment