cat

Super Kawaii Cute Cat Kaoani

Saturday, 7 February 2015

KAMI SI CAT RANGER

HELLO MEOW BLOG

Blog ini merupakan blog tontonan umum dan bukan di bawah mana-mana organisasi di Malaysia. Kami hanya pencinta kucing yang menitik beratkan mengenai hal kucing dan tips penjagaannya. Fokus kami adalah kepada kucing jalanan (tiada tempat berteduh/tiada sumber makanan/di dera atau sebagainya). 

Aktiviti kami adalah berskala kecil : antaranya

  1. memberi makanan kepada kucing jalanan
  2. menyediakan tempat makanan atau tempat berteduh
  3. memberikan rawatan serta ubat kepada kucing yang sakit

*gaya pemberita tak*

haha okay so kat luar sana tu 
kalau nak join we olls buat aktiviti atau sebagainya
dan bermurah hati untuk memberi sedikit sponsor 
tak kesah sponsor dari mana-mana segi pun (makanan/wang/tenaga)
yang penting ikhlas dan kami terima semuanya

DIPERSILAKAN HUBUNGI KAMI DI






ATAU FOLLOW INSTAGRAM OFFICIAL HELLOMEOW



dan alhamdulillah selama ini 
igshop ini banyak membantu aktiviti kami dari segi kewangan 
untuk membeli barangan makanan dan ubat ubatan kucing
jangan lupa jengah la jugak igshop kami ini
haaa dari setiap pembelian anda , amat lah berbaloi





terima kasih atas sokongan anda :)

Sunday, 25 January 2015

DIY for cat : bantal kitten

hai hai

sejak menjaga si VIVO ni
kita jadi mcm motherly la plak wat bantal2 bagai untuk baby kitten kan

so just wanna to share
DIY ni just simple & senang giler giler
apa yang korang bole dapat ?


  1. bole JIMAT sejimat nya . just RECYCLE apa yang tak digunakan lagi
  2. bole ENHANCE SKILL menjahit or kreativiti korang tu . haaa aset penting ni
  3. bole start dah nak fefeling HOUSEWIFE ke IBU IBU tu . acah acah gittew


ok now


LETS START IT !!

BAHAN BAHAN NYA SEPERTI DI ATAS



KALAU BAJU BABY TU BERBUTANG. BOLEH JAHIT
KALAU TAK BERBUTANG , TIDAK PERLU KAYY



JAHIT SECARA HORIZONTAL YAA SEPERTI DALAM GAMBAR



JANGAN LUPA JAHIT JUGA KAT SEKELILING LEHER . SO KEKABU TU TAK TERKELUAR




MENGIKUT KESESUAIAN YE , NAK PADAT KE
OR NAK NIPIS JE












AND JAHIT KAT ANTARA LENGAN TU . KIRANYA SEBAGAI PENAMAT. (LINE HIJAU BIRU TU YE)




  1. BUAT TITIK TITIK TU
  2. GUNTING
  3. JAHIT
  4. SIAP !






Ni adalah contoh yang dah siap
serius
untuk vivo , dia suka suka sangat
berjam jam jugak lah tido dalam tu
nak bangun pun payah
material kain pun memainkan peranan tau
kalau nak yang empuk empuk gittew , bole pilih baju ala2 sweater lah ye




ok so korang bole cubalah ye kat rumah !
bye bye :)

Thursday, 22 January 2015

MEOW SEEKER -bulus 3 to VIVO-

hai

assalamualaikum

gila lama tak update kan
lately masing-masing bz dengan hal masing-masing
and lama jugak lah tak round-round feed kekucing tu

sebab nya?

kami sibuk menguruskan beberapa kucing yang tenat
jaga punya jaga
tapi result agak mengecewakan
tapi tak pe , ini semua dengan izin Allah ada hikmah

meh nak story

ada seekor ibu kucing yang lincah dan bergetah
dan mempunyai 4 ekor anak yang comel macam teletubbies
(kalau boleh gigit dah gigit)




ni kucing kolej
kucing kesayangan lah katakan
dan rasanya asal kucing di kolej-kolej ni mungkin berasal dari kucing yang terbiar & terbuang
pastu beranak pinak

tapi satu hari





beberapa ekor anak kucing sakit
ye sakit
dah seekor yang kena , yang lain pun akannn




BERJANGKIT

kami syak

punca sakit adalah :
-persekitaran yang kurang baik
 ( yela dyorang tinggal kat dlm stor, berak kat situ sedut udara pun kat situ makan kat situ, so senang la bakteria durjana tu serang badan )

-sumber yang sama
(cara pemakanan tempat tido yang sama sume bole jadi sebab penyakit menular dengan boooom pantas dan efisien)


sedih memang sedih
sumpah kesian tengok
yang seekor tu asyik mendongak je sbb tak leh bernafas
yang lain sakit mata

dah bawak gi vet
dah belikan ubat sume
Dr cakap virus parasit
virus datang dari ibu

mungkin
Toxoplasma Cati
Toxoplasma Gondii
(cewah baru belajar parasitologi sem ni)

lama kelamaan
seekor seekor mati

dah la mati
dah tanam , yang paling tragis
bangkai kne makan babi pulak
sobs



so diluar sana
jangan lah makan al babi ni
sebab binatang ni mmg pengotor lagi keji



tinggal lah 2 EKOR SAHAJA
ni kami namakan :
si BULUS 2  (wane oren putih)
si BULUS 3  (wane oren putih hitam)

yang mana jantan yang mana betina?
cik abam cakap kalau
kucing 2 wane tu ---> jantan
kucing 3 wane tu ---> betina
kalau 1 wane ? tuttt...tutt..tut.... no answer

agak sedih lah
sebab yang mati tu semuanya yang lincah
so yang tinggal so-so jelah

tapi antara dua ni
yang ni paling lemah
tak bersemangat
monyokk




so kami amik dan bawak 2 ekor ni jumpe ibu kucing si OYEN (manalah tau boleh sembuh)

tapi




1st   : si OYEN ni gi cakar muka anak2 dia, sebab dia dah bunting lain
2nd  : si 2 ekor ni bawak diri , merayau rayau bilik & kolej
3rd  : rupa rupa nya dyorang merayau rayau mcm panggil adik beradik lain sobs

sedih weh
dengar dyorang mengiau sume mcm ahhhhhh
kita tak tau nak tolong ape dah
kalau la bole dengar apa yang dyorang mintak & mengiau tu
mungkin lagi mudah

and lastly

BULUS 2 tak mampu dah
dengan kecewa dengan cakaran ibu dia
dia dah tenat sangat
dengan tak makan
& berak berdarah
menggelepar
akhirnya dia mati
(punca kematian dirahsiakan)

so yang tinggal

BULUS 3 sahaja
tu pun monyok semacam je
monyok sangat2

so

TADAAAA

si BULUS 3 ni kami wat balik umah
jaga dia kat sini
alhamdulillah makin lama makin baik
mata makin sembuh
tak macam dlu dah




dan makin aktif
so kami namakan dia

VIVO (sempena dia je yang jadi surVIVOr antara 4 ekor)
haha

so the moral of story panjang lebar kami bebel



kucing meow meow
kita tak tau
mungkin dia cakap mcm kucing kat atas ni
dia nangis ke apa ke
kita just anggap
"oooo taik mata meleleh"

yang kne cakaran ibu kucing mcm bulus 2 pun kecewa
dengan tiada adik beradik abang akak dia
apatah lagi kalau hilang kedua-duanya

yang kne buang tu
apalah nasib dyorang
even tak mampu sediakan tempat tinggal
sekurang-kurangnya kasi lah makanan

so STOP BUANG KUCING OKAYY
kalau dah tak tahan sangat dengan kucing
just place them somewhere that u think they can survive by themselves
survive from damn cars
survive from starving
and there's someone else who wanna take them home
so take note yaa

Wednesday, 24 December 2014

MEOW SEEKER -part 2-

hai semua

yess kali ini lokasi kami di





KAJANG PUSAT SATE TERUNGGUL DI MALAYSIA


OK
apa yang kami bole cakap
sangat lah sedikit kucing jalanan yang boleh didapati

we dont know why

mungkin disebabkan kajang ni 

BANDAR

mungkin disebabkan

KUCING JALANAN DAH SEMUA KNE LANGGAR

mungkin juga 

KUCING JALANAN DAH DINAIK TARAF SEBAGAI KUCING BANDAR 










ok tempat ni agak scary , sbb anjing anjing jalanan pun nak join sekaki
haha


















ok makanan yang kami guna untuk kali ini pula


jeng jeng jeng





perghhh tagline dia memang power lagi suci !

so dapatan kami pada kali ke 2 ni agak sedikit
berbanding lokasi bangi part 1

tapi tak pe 
dont worry
kita akan cuba lagi pada part 3 nanti


TUNGGU ~


Friday, 19 December 2014

MEOW SEEKER - part 1 -

"hello"
"hai"
"heyy"
"alololo"


"comel nyee"

"hmm kesian nyee"
"woi gemok giler yang tu"



ok ni lah antara ayat2 yang disebut dalam




-MEOW SEEKER PART 1-




ok this is our first experience get close to those cats
"those cats" tu boleh dikategorikan sebagai



kucing liar

kucing jalanan

kucing kurap

yang tak comel pun

yang buruk2 tu

kampung style tu



but heyy

dyorang tetap kucing
haiwan yang ada nyawa
haiwan kesayangan nabi
ada feeling
ramai manusia yang akan dekat pada haiwan comel ye
dah yang buruk tu sape nak layan woi




sampai hati korang !!!



alkisahnya kami terpikir
kenapa kita asyik tumpukan kucing cantik yang depan mata je
macam mana kucing kat luar luar tu
yang lapar
tiada tempat tinggal
yang kene hujan


yang kne ABUSE tu










kne PUKUL


ni sumpah kesian mak kucing ni 



kne LANGGAR dan dibiarkan









kne BUNUH lah








so kesian kan
seriously kesian
sebabkan dia haiwan , so takde orang nak care sangat

tapi kita kan manusia

apa kata kita start dari kecil-kecilan
even tak mampu nak buat rumah penjagaan kucing pun

start dari spread our love and care to them
even tak seberapa pun
atleast , kita bole wat macam ni
















so kami bukan lah anak orang kaya
tapi berbekal kan rezeki Tuhan kasi ni

Alhamdulillah boleh la share2 rezeki yang ada ni ngn makhluk lain




"busuknya buntut dia ni"


                       






dalam banyak banyak kucing , tipu lah kan kalau tak buli sekor dua kann




buli buli MANJA je . tak kasar pun


DAN

kami bukanlah ahli-ahli NGO
yang ada duit berkepuk-kepuk dalam poket
yang ada kete mercedes ke
kami pakai KANCIL je pon
tu pun secondhand

asal boleh jalan
hahah !!

sincerely
apa yang kami boleh cakap

HAPPY GILER GILER GILER GILER dapat kasi kucing makan
dyorang lapar kot
bila dapat makanan tu dyorang happy gila siap keluar air liur



mop lantai ke dikk haha


so actually dengan melabur kurang dari RM20 untuk beli makanan kucing tu
kita dapat bahagiakan lebih dari 20 ekor kucing dengan hanya

kasi makanan

kasi belaian sket




dan 
kami hanyaaaa lah







GRADUAN UKM
PEKERJAAN : CHEMIST 
gaji biasa2 tapi mampu la beli makanan kucing 





PENUNTUT TEMBAM BIOLOGI HAIWAN UKM
PEKERJAAN : MELEBARKAN DIRI




tak rugi pun sebenarnya
sebab rezeki kita ni bukan hak milik kekal
ini semua milik Allah
kita pinjam je
thats why kalau kita share dengan manusia lain
even makhluk ciptaan tuhan yang lain
insyaaAllah rezeki kita semakin bertambah tanpa kita sedar

TRUST US

itu sahaja untuk part 1



NEXT MISSION MEOW SEEKER - part 2 -